Resepi Ikan Tiga Rasa

15 Aug

Resepi hari ini adalah permintaan dan ditujukan khas buat kawan saya yang rajin ke dapur. Kam, this is for you! Enjoy!

Ikan Tiga Rasa
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal (saya gantikan dgn ikan tilapia merah)
2 biji bawang putih – dicincang
3 biji bawang merah – dicincang
1 biji bawang besar – dipotong bulat
2 biji cili merah – dicincang (boleh digantikan dgn cili padi kalau suka lebih pedas)
1/2 biji capsicum hijau dipotong dadu
2 biji tomato – dipotong dadu
2 kerat nenas – dipotong dadu
2 sudu cili kering yg dikisar
3 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu sos ikan
Sedikit daun sup & daun bawang
serbuk kunyit, garam & gula
Minyak untuk menggoreng ikan & menumis

Cara memasak:
Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan tersebut sehingga garing.
Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih, bawang merah dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan cili kering yg dikisar dan tumis sehingga naik bau dan garing.
Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan sos ikan. Tambahkan garam dan gula ikut citarasa anda.
Selepas kuah mendidih, masukkan bawang besar, cili merah, capsicum, tomato dan nenas. Gaul rata.
Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun sup dan daun bawang. Sedia untuk dihidang!

Gambar Hiasan

7 Responses to “Resepi Ikan Tiga Rasa”

  1. Phatgurl August 16, 2011 at 12:04 am #

    Nak cuba try test jugakkk…!

    • mrsdjones August 16, 2011 at 12:23 pm #

      Sila cuba! sedap dan mudah je nak buat hehe ;)

      • Fiza February 27, 2012 at 7:43 am #

        Kalau takder sos ikan boleh?

  2. petyong August 16, 2011 at 11:42 am #

    I just had this for lunch last Sunday..my dad is the cook! :-)

    • mrsdjones August 16, 2011 at 12:24 pm #

      Your dad is such a good cook ya! He is an awesome chef ;) I love his cream puff!

  3. anies August 16, 2011 at 1:02 pm #

    ala byk nyeee bahannn

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 405 other followers

%d bloggers like this: