Another recipe from me, the amateur chef. *cough* This is for you Wanie! Don’t forget to try it and let me know the results ya
Terung goreng sambal
Bahan-Bahan:
2 biji terung panjang dibelah dua dan dihiris setebal 1cm
5 biji cili merah dikisar
1 biji bawang besar dikisar/ditumbuk
1 biji bawang besar dihiris
2 sudu besar cili kering
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara:
Letak sedikit minyak masak dan ratakan atas kuali/frying pan. Terung digorengkan atas kuali sehingga lembut. Gaulkan cili merah, bawang dan cili kering yg dikisar. Panaskan minyak masak dan tumiskan kesemua bahan yg dikisar tadi. Tumis sehingga semuanya garing dan masukkan hirisan bawang besar. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Matikan api selepas bawang layu. Tuang sambal keatas terung yg digoreng tadi. Makan dgn nasi putih panas. Enjoy!













owh one of my faveret!