Ramadhan Kareem 1434 Hijrah – Recipe sharing

Dear all,

It is again Ramadhan and fasting month for all muslims. I am truly happy and blessed to have another opportunity to meet this year’s  Ramadhan. I would like to wish all muslims everywhere Happy Fasting!

Move on to the point of this entry. One of the dilemma of a mother during Ramadhan is what to cook for iftaar. Fret not my friends, let me share you some Malaysian recipes for iftaar. The recipe is in Bahasa Malaysia. If you need any help on translation, let me know. Recipe source is from Facebook sharing. 🙂

Today sharing is Ayam Panggang Bermadu and Udang Masak Serai Wangi.

Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan:
1kg kepak ayam
1 senduk besar minyak bijan
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi )
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)
sedikit garam secukup rasa
Cara memasak:
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata.
Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu…..

****

Udang Masak Serai Wangi
Bahan-bahan:
600 gm udang harimau – digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan
halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.

Do try it and share. In my opinion the recipe is simple, quick and delicious. Happy Ramadhan all!

Resepi Ikan Tiga Rasa

Resepi hari ini adalah permintaan dan ditujukan khas buat kawan saya yang rajin ke dapur. Kam, this is for you! Enjoy!

Ikan Tiga Rasa
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal (saya gantikan dgn ikan tilapia merah)
2 biji bawang putih – dicincang
3 biji bawang merah – dicincang
1 biji bawang besar – dipotong bulat
2 biji cili merah – dicincang (boleh digantikan dgn cili padi kalau suka lebih pedas)
1/2 biji capsicum hijau dipotong dadu
2 biji tomato – dipotong dadu
2 kerat nenas – dipotong dadu
2 sudu cili kering yg dikisar
3 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu sos ikan
Sedikit daun sup & daun bawang
serbuk kunyit, garam & gula
Minyak untuk menggoreng ikan & menumis

Cara memasak:
Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan tersebut sehingga garing.
Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih, bawang merah dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan cili kering yg dikisar dan tumis sehingga naik bau dan garing.
Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan sos ikan. Tambahkan garam dan gula ikut citarasa anda.
Selepas kuah mendidih, masukkan bawang besar, cili merah, capsicum, tomato dan nenas. Gaul rata.
Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun sup dan daun bawang. Sedia untuk dihidang!

Gambar Hiasan

Resepi ikan keli masak lemak cili padi

Hello everyone! Today is Thursday and yes! only a few more days before another long weekend. Wehoo! (Jumping up and down)

I promise a friend that I will write down the recipe and share it with her. So here’s for you, Kam! Happy birthday! I guess if I put it up here, it will be shared to all of my readers as well. Sharing is caring right? 😉 The recipe is very simple, suitable for beginner like myself. Enjoy!!

Resepi Masak Lemak Cili Padi Ikan Keli

4 ekor ikan keli saiz sederhana
1 cawan santan pekat
*3 ulas bawang kecil
*1 ulas bawang besar
*2 tangkai cili merah/hijau
*7 tangkai cili padi
*2 cm kunyit hidup
Garam secukup rasa
1 helai daun kunyit disimpul (optional)
1 tangkai bunga kantan dibelah dua (optional)
2 biji tomato dibelah dua (optional)
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)

Bersihkan ikan keli dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir, kemudian bilas bersih. (Kalau suka ikan yang sedikit garing, boleh gorengkan ikan yang digaul dengan sedikit garam dan kunyit terlebih dahulu. Saya nak cepat, tak goreng pon sedap dan kurang berminyak).

Tumbuk atau blend bahan bertanda * sehingga halus dengan sedikit air. Campurkan bahan tumbuk dengan santan ke dalam periuk dan jerangkan di atas api perlahan sambil dikacau supaya santan tidak pecah. Masukkan daun kunyit, bunga kantan dan kiub pati ikan bilis jika suka. Daun kunyit dan bunga kantan memberikan bau yang harum untuk masak lemak anda.

Bila kuah sudah mendidih, boleh lah masukkan ikan keli dan kemudian tomato. Perasakan dengan sedikit garam dan setelah masak boleh lah dihidangkan.